Assalamualaikum..
penyokong lain blh challenge?tak kan pernah.!
Piala FA sudah pun melabuhkan tirai utk musim ni. seperti yg seluruh malaysia sedia maklum, sang kijang terpaksa berputih mata tgk piala tu digondol oleh sang penyu. walaupun stadium didominasi oleh lautan merah, namun kita terpaksa akur rezeki milik si hitam putih. blog ni bkn la sepanjang ms berbicara tentang dunia bola sepak ya tp disebabkan ni final, rasa nk komen jgk sedikit sebanyak.
disebabkan sy frust yg amat dh, jd analisa ni keluar secara tiba2 je. so check it out..!!
1) balingan mercun dan laser terhadap sharbinee
penyokong mcm ni bkn je x bertamadun tp blh dikatakan BODOH la jgk. dia xfikir, kalau kena denda siapa yg kena byr. mungkin dia xde fb, xbaca berita. kalau dia bc berita, dia xkan buat sbb awal2 lg tok guru, red warriors punya network semua pesan xkira kalah atau menang jaga tatatertib. penyokong mcm
ni memang kena ajar pun. Jd seperti kata pepatah la kan ‘buat baik dibalas baik….yg duk ganggu keeper tu apa kes? sbb dia la penyokong TRW yg lain malu. Mmg btl pun, krn susu setitik rosak nila sebelanga. ada seorang je jahat, semua terima padah. Haih..braso nk kenyek bdk tuh..!!
dan lg satu, dilaporkan skuad TRW ni sampai awal kat stadium menyebabkan skuad penyu ni xselesa nak berlatih. Karathu karathu..apa anda buat ni? jd, fair la utk Terengganu.
2) Ashaari samsudin
memang dia xscore gol mlm td tp dgn kehadiran dia membuatkan sang penyu mcm
ada semangat la sket. ada je serangan tu membuatkan penyokong TRW ni xsenang duduk . cuma mlm td bkn rezeki dia je nk score. org blh kata, eleh Kelantan ada norsharul kan, xkan xleh score jgk. Tgk la brp player Terengganu yg control dia. Nk sepak bola pn xsempat!!..Lain dgn ashaari most of the time free, xdikawal. Itu silap TRW.
3) gol pada masa tambahan
knp mesti tmbh 4min tu lps minit 94? tmbh je lah slps min 90, confirm TRW mng. haih ref2. *xpuas hati*
4) penyu turun sbg underdog
disebabkan Terengganu kalah pd saingan liga super isnin lalu, jadi ramai yg jangka Terengganu akan tewas sekali lg. tp mereka terima je turun sbg underdog, tmbh2 kat stadium tu, warna merah lg menonjol. Tp mereka janji nk tebus kekalahan tu. Dah banyak kes kita tgk, pasukan yg turun sbg underdog pun blh menang jgk, cth terdekat Piala Malaysia 2010 la. Kelantan vs Negeri Sembilan. Masih ingatkah anda?
5) gol daudsu
Gol daudsu meyebabkan Terengganu bangkit tp perlu dinyatakan sekali lg dia bkn penyebab gol tu. Kalau dia xtanduk pun, bola tu masuk jgk. Bola tu mmg dah meleret dpn pintu gol, dan ada lg 2 org player Terengganu duk belakang daudsu tu lps apek rebah. dia pun bkn nk bola tu masuk, dan cpt pulak org yg buat page kat fb psl salahkan daudsu. Admin dgn org yg like, sama2 GONG..!!
6) gol penyamaan
Bila dah seri 1-1 lps tu bersambung masa tambahan memang la skuad penyu tu bersemangat dan kijang down sbb bg mrk gol sendiri tu tak sepatutnya berlaku sbb nk score bkn main lg payah. Bila dah down, focus hilang la. Sampai mereka score utk gol ke-2 tu, TRW gone..!!
7) pertahanan penyu kebal
Memang xdinafikan, pertahanan mereka kebal seh! Walaupun 1st half TRW yg control game, tp kita blh tgk bila sampai je kat pertahanan mereka, bola tu kembali melantun ke tgh padang. Itu memang salute. Cuma mereka mungkin leka sket je sampaikan nurul azwan roya tu dpt score jgk utk 1st goal.
8) percaturan dato' m. karathu @ abe kar
Ni saya dgr drpd mulut2 penyokong TRW sendiri la, kat blog kat fb dan jgk perbualan seharian, mereka xsuka sgt dgn percaturan karathu ni. mcm xmenjadi. Mereka lg suka dgn taktikal dari sathianathan @abe ya. Memang TRW byk menang liga super tp kadang2 tu game hampeh.! Bg penyokong TRW, kemenangan memang penting tp gaya permainan pun sama penting. Mereka mcm blh terima kekalahan kalau game tu ‘sedak’. Itu kata mereka yg majoriti didominasi kaum Adam. Nk komen lbh2 pun xreti..
9) 'jual permainan'
Yang ni hanya Allah dan pihak pengurusan je yg tau. Ramai sgt org duk sebar nya. Cuma kebenaran je tak tersingkap. Cuma, jika bnr lah ianya berlaku, mengapa TRW perlu jual? Dan Terengganu, mengapa perlu anda beli? Tak nak tunjuk keupayaan masing2 kah? tak kan materialistik sampai cm tu sekali? Sila jwb wahai penyu dan kijang jika apa yg dikatakan oleh ramai orang ini betul.
10) bukan rezeki TRW
9 analisa di atas hanyalah sebab2 kecil sahaja. Yg utamanya adalah Allah dah tulis Piala FA 2011 bkn milik TRW. dah bkn rezeki, buat mcm mn pun mmg xdpt. suka sy petik status di fb kwn sy ‘kalau dah bkn rezeki, mknn dlm mulut pn blh terlepas’-hammida ramli-
Itu shj 10 analisa tentang kekalahan TRW dari kacamata seorang perempuan yg hanya tgk live kat astro dan masih lg dlm proses mempelajari tentang dunia bola sepak. Xtau respon org yg pergi stadium pulak mcm mn.
Jgn risau, liga super ada lg 2 game. 14jun lwn perak dan 6jul lwn sabah. Insyaallah kita terus mengungguli liga dan akn muncul juara. Piala Malaysia pun menanti, pasukan lain pasti akn gigit jari.
Hajatnya kalau Kelantan menang, nk gi tunggu sebelah tol tu, tgk piala diiring balik ke Kelantan oleh skuad TRW tp impian dan anganku musnah. Takpe, igt penyu, kali ni je kijang bg penyu bertelur okey.
Walaupun kalah, saya msih lg bangga num ic saya 03. Dan bangga tgk tok guru dan DYM. Tg. Faris dtg dari jauh. At least Tuanku Sultan Mizan dkt sket.kan? :D
Akhir kata, sekali lg dipetik kata2 dari fb dr, abdul basit ‘ nasihat dan tazkirah kpd peminat bola, biar kalah di padang, jgn kalah dlm perjuangan Islam’. Sebab tu adalah final kita yg hakiki.
Apapun tahniah sang penyu. Dan tahniah jgk sang kijang sebab anda jgk berjuang sehabis baik.! segala kelemahan masih lg boleh diperbaiki.
p/s: baca entri ini sbg mengisi ms lapang shj okey? Jgn emo, karang xpsl2 ada org buat page kat fb ‘Nabilah Shaffii yg buat analisa kekalahan perlu diambil tindakan’. Haih bungkus ambo.!!.
nyanyi sket lagu the red mania:
hujan ribut panas terik badai taufan
jiwa kami tetap teguh sama kelantan
walau jatuh walau bangun berhalangan
kalah menang tetap terus perjuangan
sumpah seranah caci maki umpat keji
kami pekak kami semua tak peduli
terus berdiri gagah berani
hati kental hati batu berani mati
akan menyerang xputus asa
erti juang jiwa para perwira
lautan merah terus gelora
selamanya kami the red mania...